nuffnang

Translate


get this

Friday, 15 June 2012

Lady Gaga hentam Madonna

Di saat ramai memperkatakan mengenai pembatalan konsertnya di Indonesia baru-baru ini, timbul satu lagi kontroversi membabitkan penyanyi yang dikenali sebagai Mother Monster ini. Kisah pertelingkahannya dengan diva terkenal,  Madonna bermula apabila dia dikatakan sering meniru muzik ikon pop 80-an itu.

Jika sebelum ini, Lady Gaga hanya mendiamkan diri tatkala sering dikutuk kerana isu menciplak, akhirnya penyanyi ini mula bersuara mempertahankan pendiriannya.

Sejak awal pembabitannya dalam dunia hiburan, wanita ini tidak pernah kering daripada dilanda kontroversi. Dikecam kerana sering tampil di khalayak ramai dengan fesyen pelik, bintang pop Lady Gaga ini juga pernah diselar dek   kerana gaya dan pakaiannya yang dianggap memberi contoh yang tidak baik kepada golongan kanak-kanak dan remaja.

Malah, penglibatan pemilik nama sebenar Stefani Joanne Angelina Germanotta ini juga pernah dipertikaikan kerana ada antara lagu-lagunya yang menyentuh sensitiviti golongan tertentu. Pun begitu, wanita berusia 26 tahun ini tidak  pernah mengambil pusing hal itu.

Meskipun ramai yang melihat penyanyi dan penulis lagu itu seumpama sedang mencipta identiti sendiri untuk dikenali ramai, namun sebenarnya gaya dan muzik wanita ini ada sedikit dipengaruhi oleh diva terkenal, Madonna.

Mengakui menjadikan ikon pop 80- an itu sebagai idolanya, namun kejujuran Lady Gaga ini tidak digemari oleh ikon tersebut.

Malah, Madonna mula mengecam Gaga dengan mengaitkan persamaan lagu terbaru Mother Monster itu yang berjudul Born This Way dengan lagu yang diambil daripada albumnya, Like A Prayer tahun 1989 berjudul Express Yourself.

Sewaktu Gaga melancarkan lagu tersebut pada Mei tahun lalu, Madonna pernah menyuarakan rasa tidak puas hatinya kerana persamaan muzik pada lagu mereka. “Sewaktu mendengar lagu (Born This Way) di radio, saya rasa seperti pernah mendengar lagu itu. Saya kembali berfi kir, elokkah perbuatan mengulang kembali lagu saya?

“Malah, saya menyedari perbezaan lagu tersebut hanyalah daripada perubahan kodnya dan yang lain kebanyakannya sama,” katanya yang menganggap lagunya seperti diplagiat tanpa kebenaran.


Sindir Lad y Gaga ?

MASIH lagi tidak berpuas hati, Madonna yang kini dalam rangka mempromosikan album terbarunya, MDNA baru-baru ini mengadakan konsert di Israel. Mengambil peluang untuk melepaskan geram di sana, wanita The Material Girl ini  bertindak meniru gaya Lady Gaga dan memerli pesaingnya itu.

Menurut sumber, selain membawakan lagu dalam album barunya, diva itu juga turut mendendangkan lagu Express Yourself. “Menariknya, sewaktu di akhir lagu (Express Yourself), Madonna melontarkan kata-kata yang berbunyi; She’s  not me.

“Meskipun tidak memberitahu tujuannya menuturkan kata-kata itu, namun mereka yang mengetahui pertelingkahan yang terjadi antara Madonna dan Lady Gaga pasti sedar akan perkara itu,” katanya. Tambah sumber itu lagi, Madonna turut ‘terkantoi’ menyanyikan lagu Born This Way ketika menjalani latihan sebelum konsert tersebut.

Menurutnya, rakaman latihan wanita berusia 53 tahun ini juga banyak segar kepada peminat saya,” katanya yang membuat kenyataan  itu semasa berada di Auckland, New Zealand. Mengulas mengenai persamaan lagu  ereka, Gaga berkata, lagu yang  dipersembahkan adalah mengikut trend muzik masa kini.

“Banyak perkara yang berbeza jika dibandingkan dengan 25  tahun dulu, dan itu yang membuatkan lagu Born This Way relevan untuk diri saya. “Jangan hanya kerana saya merupakan artis pertama setelah 25 tahun berada dalam Carta 40 teratas di  adio, ia membuatkan saya digelar ‘penciplak’.

Sepatutnya, dia tahu saya ini seorang yang kreatif dalam muzik,” katanya yang baru-baru ini mengalami kecederaan ketika mengadakan konsert Born This Way Ball di Auckland, New Zealand. Dalam perkembangan terbaru, Gaga  juga dianggap tidak serik apabila kembali meniru gaya Madonna dalam muzik video terbarunya, Edge of Glory.

Penampilannya dalam muzik video itu dikatakan mirip aksi Madonna dalam  filem Who’s That Girl yang pernah ditayangkan pada 1987. ditonton di Youtube. “Rakaman ini menyaksikan Madonna sedang menyanyikan lagu Express Yourself dengan iringan perkusi. Sewaktu di tengah-tengah lagu, dia menyanyikan Born This Way dan kemudiannya  kembali membawakan Express Yourself,” katanya.    

No comments:

Post a Comment