nuffnang

Translate


get this

Monday 11 June 2012

Si cilik berbulu disisih kawan


BULU kasar yang menutupi 60 peratus daripada tubuh Jiangli.

GUIZHOU (China): Keadaan dialami seorang kanak-kanak, Liu Jiangli menyebabkan dia terpaksa melalui enam tahun pertama kehidupannya dengan trauma berbanding kanak-kanak lain sebayanya.
Murid sekolah itu dilahirkan dengan lapisan bulu kasar hitam di wajah dan lebih 60 peratus di seluruh tubuhnya.
Namun, jika keadaan itu tidak cukup teruk, yang terburuk bakal menyusul.

Disebabkan keadaannya yang aneh itu dan dialami oleh hanya seorang daripada satu bilion orang, dia ditinggalkan oleh kedua-dua ibu bapanya.


Ketika baru berusia dua tahun, ibunya meninggalkan kediaman keluarga dan sejurus selepas itu bapanya membawa Jiangli ke taman bimbingan kanak-kanak dan tidak pernah lagi pulang untuk mendapatkannya.

Pusat bimbingan kanak-kanak itu membuat pengumuman di akhbar meminta sauda-mara kanak-kanak itu mengambilnya dan enam bulan kemudian, datuk kepada seorang daripada sepupunya tampil mendapatkannya.

Sejak itu, Liu Mingying menjaga Jiangli yang berasal dari bandar Guiyang, di wilayah Guizhou di barat daya China.

Bagaimanapun, Mingying bimbang Liu akan sentiasa dicemuh akibat penampilannya itu.

Jiangli tidak mempunyai kawan kerana kanak-kanak lain sama ada takut atau mempersendakannya.

Buat masa ini, tiada penjelasan mengenai keadaan dialami Jiangli itu.

Bagaimanapun, ia sama seperti sindrom dikenali sebagai Hypertrichosis Universalis yang menyebabkan pesakit dilitupi bulu di seluruh tubuh mereka dan hanya dihidapi oleh seorang dalam satu bilion orang. - DM

No comments:

Post a Comment