Zanib Khan, 27, membuat lebih 10 jam panggilan berahi kepada pengedar dadah dan perompak.
Seorang banduan berkata, dia tidak dapat melupakan “berjalan melalui pintu sel dan melihat wanitaku yang cantik”. Seorang lagi merujuk kepada mengucup “bibir dan tubuhnya yang cantik” serta bercakap betapa dia ingin sekali melihat “kaki mongel saiz 2” warden penjara itu ketika mereka berasmara.
Surat itu yang diseludup keluar dari tempat kerjanya di penjara Brixton, kemudian ditemui dalam bilik tidurnya di kediaman ibu bapanya. Selepas penahanan itu, timbul isu bahawa Zanib sebelum ini menerima hukuman disiplin kerana gagal mendedahkan bapanya sedang menjalani hukuman empat tahun penjara kerana kesalahan imigresen dan teman lelakinya juga dijel kerana rompakan.
Walaupun Zanib hanya mengakui salah laku dengan empat banduan, polis mengesyaki dia menjalin hubungan dengan tiga lagi banduan lain.
Peguamnya bagaimanapun menegaskan walaupun surat itu mengandungi “perkara seksual” ia hanya fantasi.
Pendakawa raya Robin Du Preez berkata, antara Mac dan November tahun lalu: “Zanib menjalin hubungan intim yang tidak wajar dengan banduan di penjara Brixton.”
No comments:
Post a Comment