SINABANG, Indonesia - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala
Richter menggegarkan pantai barat Pulau Sumatera semalam dengan
menyebabkan penduduk bertempiaran keluar dari kediaman dan bangunan.
Pihak berkuasa berkata, seorang lelaki rebah dan mati akibat terkejut
semasa dia keluar dari rumahnya. Kajian Geologi Amerika Syarikat
melaporkan, gempa yang berpusat pada kedalaman 22 kilometer itu berlaku
pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan kira-kira 34 kilometer ke barat laut
Sinabang.
Penduduk di sini memberitahu, gegaran kuat berlaku selama satu minit
dan menyebabkan bekalan elektrik terputus. "Orang ramai menjerit,
mengambil barang milik masing-masing dan bergegas keluar dari kediaman
mereka," kata seorang wartawan agensi berita AFP di sini.
"Bekalan elektrik terputus dan saya dapat melihat rekahan pada
dinding-dinding kediaman," tambahnya. Seorang jurucakap Agensi Bencana
Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, seorang lelaki mati semasa
keluar dari rumahnya di pulau ini yang memiliki 80,000 penduduk. Media
tempatan dan agensi meteorologi memberitahu, tiada laporan tentang
kerosakan besar atau kemalangan jiwa akibat bencana itu setakat ini. -
Agensi
Thursday 26 July 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment