nuffnang

Translate


get this

Wednesday 26 March 2014

Lagi 700 penyokong Mursi dibicarakan

KAHERAH - MESIR. Kira-kira 700 penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi termasuk Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie dihadapkan ke mahkamah, sehari selepas 529 penyokong pemimpin itu dijatuhi hukuman mati.

Perbicaraan besar-besaran ke atas lebih 1,200 penyokong pro-Mursi di selatan wilayah Minya tersebut dibuat selepas mereka dituduh merusuh dan memusnahkan harta benda awam hingga menyebabkan dua anggota keselamatan terbunuh, Ogos lalu.

Bagaimanapun menurut Gulfnews, hukuman mati yang dikenakan ke atas lebih 500 penyokong Mursi itu telah mencetuskan kritikan banyak pihak kerana ramai mempertikaikan prosiding perbicaraan terbabit kerana didakwa tidak mengikut prosedur ditetapkan, namun dinafikan kerajaan sementara terbabit.

Pakar undang-undang memaklumkan keputusan mengejut itu mungkin boleh ditarik balik dengan mengemukakan rayuan kepada mahkamah.

Sementara itu, Amnesty International turut mengecam keputusan tersebut yang disifatkan sebagai keterlaluan.

Kumpulan hak asasi manusia berpusat di Britain itu menyatakan ia jelas menunjukkan kelemahan dalam sistem keadilan di Mesir.

"Penyokong Mursi menjadi sasaran sedangkan pasukan keselamatan yang mencabul hak asasi manusia di negara itu langsung tidak dibawa ke muka pengadilan," menurut kenyataan Amnesty lagi.

No comments:

Post a Comment