TEL AVIV - Seorang lagi lelaki di Israel dilaporkan nekad membakar diri
hanya beberapa jam sebelum pengebumian Moshe Silman yang melakukan
tindakan sama pada 14 Julai lalu.
Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, lelaki berumur 40-an dan
berkerusi roda itu melecur teruk selepas membakar dirinya di perhentian
bas Yehud, berhampiran Tel Aviv, kelmarin.
"Beberapa saksi yang berada di tempat kejadian cuba untuk memadamkan
api sebelum membawa mangsa ke hospital. Siasatan sedang dilakukan bagi
mengetahui punca kejadian," katanya.
Minggu lalu, Silman membakar dirinya sebagai tanda protes bagi menuntut
keadilan sosial di Tel Aviv dan dia disahkan meninggal dunia enam hari
selepas kejadian itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment