LONDON - Britain akan menghantar bekalan bukan senjata bernilai £5
juta (RM24.29 juta) kepada kumpulan pemberontak yang menentang rejim
Presiden Syria, Bashar Al-Assad, kata Setiausaha Luar, William Hague
semalam.
"Ekoran ketiadaan perkembangan proses diplomatik, United Kingdom akan
menghantar bantuan lebih banyak lagi. Kami akan meningkatkan sokongan
kami terhadap penduduk Syria dan pihak penentangan politik dengan
tambahan bantuan dalam bentuk bukan persenjataan," katanya.
Menurutnya, bantuan tersebut akan membantu untuk melindungi
kumpulan-kumpulan penentangan, para aktivis hak asasi dan orang awam,"
tambahnya.
Bantuan tersebut akan turut melibatkan peralatan teknikal, radio dan bekalan perubatan.
Seorang jurucakap Pejabat Luar Britain mengesahkan bahawa kerajaan
British akan mengadakan pertemuan politik dengan pihak Tentera
Pembebasan Syria.
Menurut beberapa aktivis hak manusia, seramai 20,000 orang telah
terbunuh dalam konflik di Syria yang bermula pada Mac tahun lalu.
Penduduk di negara itu bangkit menentang pemerintahan Bashar yang
dianggap tidak melakukan pembaharuan dalam bidang pentadbiran dan korup.
Pertempuran di negara tersebut melibatkan para pemberontak dengan tentera Syria. - Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment