BEIJING - Bekas pemain bola sepak terhebat dari Argentina, Diego
Maradona hadir di sebuah mahkamah di sini semalam bagi menuntut ganti
rugi sebanyak AS$3.2 juta (RM10.02 juta) daripada dua syarikat internet
China kerana menggunakan nama dan gambarnya dalam laman perjudian online
tanpa mendapatkan kebenarannya.
Sebuah mahkamah mendengar kes tuntutan itu ke atas syarikat Beijing
Sina Internet Information Service Co. Ltd dan Shanghai No. 9 City
Information Technology Co Ltd.
Menurut agensi berita Xinhua, imej kartun Maradona, 51, yang memakai
jersi pasukan bola sepak Argentina masih boleh dilihat di laman
qiuqiu.9c. com pagi semalam.
Bagaimanapun, imej itu kemudian telah dialihkan pada hari yang sama. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment