COLUMBUS: Bekas angkasawan yang menjadi manusia pertama menjejakkan
kaki ke bulan, Neil Armstrong, semakin pulih selepas menjalani
pembedahan pintasan jantung, kata Nasa, semalam.
Armstrong yang berusia 82 tahun Ahad lalu, menjalani pembedahan pada Selasa bagi membuang halangan pada arteri koronarinya.
Memetik
kenyataan isteri Armstrong, Carol, NBC melaporkan, bekas angkasawan itu
menunjukkan pemulihan yang sangat menggalakkan. Sebagai komander kapal
angkasa Apollo 11, Armstrong melakar sejarah dalam sains angkasa lepas
apabila berjalan di bulan pada 20 Julai 1969. Dia juga dikenang kerana
mengucapkan kata-kata “Itu adalah langkah kecil untuk seorang lelaki
tetapi langkah besar untuk manusia” sejurus selepas melangkah keluar
dari kapal angkasa dan berjalan di permukaan bulan. Armstrong dan
isterinya kini menetap di Cincinnati. Armstrong pernah menjadi
juruterbang tentera ketika Perang Korea dan menjadi juruterbang penguji
untuk agensi angkasa lepas AS. Selepas menamatkan perkhidmatannya
dengan Nasa, Armstrong menjadi penysarah di University Cincinnati di
negeri kelahirannya, Ohio. - DM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment