KIRI: Putera Andrew (dalam bulatan) turun dengan menggunakan tali dari bangunan The Shard di London semalam.
Anak ratu itu, Putera Andrew mengambil masa 30 minit untuk melakukan aksi lagak ngeri tersebut yang bermula dari tingkat 89 dan berakhir di tingkat 20 bangunan The Shard.
Selepas menuruni bangunan itu beliau memberitahu: "Saya tidak akan melakukannya lagi."
Bangunan itu yang setinggi 310m dibina dengan kos sebanyak £450 juta (RM2.2 bilion).
Beliau yang juga bekas pegawai tentera memperoleh sumbangan £290,000 (RM1.43 juta) dalam bentuk penajaan hasil daripada aktiviti tersebut yang turut disertai pendaki terkenal, Chris Bonington. - Agensi

No comments:
Post a Comment