DUA
anggota Taliban berkawal di kubu kuat kumpulan berkenaan di Shawal,
dalam wilayah Waziristan Selatan di Pakistan pada 5 Ogos lalu.
Rakaman itu yang dihantar kepada agensi berita AFP, menunjukkan beberapa militan Taliban berdiri di belakang 12 kepala manusia, dipercayai askar Pakistan.
Jurucakap kumpulan Tehreek-e-Taliban Pakistan(TTP) yang mengaku bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu, Sirajud Din menyatakan, mereka dibunuh bagi membalas dendam kekejaman tentera terhadap militan Taliban.
Perkembangan itu berlaku selepas tentera Pakistan mengadakan satu operasi untuk menghapuskan militan-militan Taliban yang menawan daerah Bajaur pada Selasa lalu.
Kumpulan berkenaan dipercayai memasuki Pakistan dari wilayah Kunar di Afghanistan pada Jumaat lepas. - AFP

No comments:
Post a Comment