nuffnang

Translate


get this

Sunday 8 December 2013

Australia akan terus mengintip Indonesia

SYDNEY - Australia tidak akan menghentikan kegiatan mengintip Indonesia sebaliknya negara itu terus berusaha menjadi rakan kongsi yang dipercayai.

Perdana Menteri Tony Abbott berkata, negaranya akan terus mengumpul maklumat risikan mengenai negara pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Ditanya sama ada Australia bersetuju berhenti mengumpul risikan mengenai Indonesia, Abbott menjawab: “Tidak “.

“Indonesia juga akan terus mengumpul risikan mengenai Australia. Hubungan Indonesia dan Australia rapat. Kami adalah rakan kongsi strategik. Saya mahu Australia menjadi rakan kongsi dipercayai Indonesia dan sebaliknya,” katanya ketika temu bual di stesen radio Fairfax menurut laporan AFP.

Kelmarin,  Menteri Luar Australia Julie Bishop dan rakan sejawatnya Marty Natalegawa bersetuju mewujudkan talian hotline untuk memulihkan hubungan kepercayaan negara masing-masing.

No comments:

Post a Comment