nuffnang

Translate


get this

Thursday 23 January 2014

Tertuduh Mengaku Berkhalwat

 Sekadar Gambar Hiasan

KUALA SELANGOR - Dua pasangan termasuk seorang tukang urut warganegara Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Selangor, semalam bagi pertuduhan berkhalwat.

Bagi kes pertama, tertuduh, Muhamad Hareff Hamzah, 28, berasal dari Kampung Ujong Permatang dan kekasihnya, Nur Al Fatihah Idris, 18, berasal dari Pulau Pinang mengaku bersalah selepas ditangkap khalwat di sebuah rumah di Taman Sirambai, di sini pada jam 7.40 pagi, 31 Oktober 2012 lalu.

Kedua-dua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman masing-masing denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum perintah hukuman diberikan, kedua-dua tertuduh merayu hukuman diringankan.

Mahkamah kemudian mengarahkan kedua-dua tertuduh didenda RM3,000 atau 60 hari penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan fakta kes, siasatan dilakukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), selepas menerima aduan orang ramai mendapati, pintu pagar rumah terbabit tidak berkunci tetapi pintu gril dan pintu utama berkunci manakala keadaan rumah sunyi seperti tiada orang.

Penguatkuasa mengetuk pintu dan memberi salam. Lebih kurang seminit pintu dibuka oleh Nur Al Fatihah dengan berpakaian baju-T warna hitam dan berseluar corak berwarna merah sambil berselubung dengan kain batik.

Ketika pemeriksaan, tiada orang di ruang tamu dan pemeriksaan di bilik mendapati berkunci. Apabila pintu diketuk dan diminta dibuka, lebih kurang lima minit Muhamad Hareff membuka pintu dengan hanya berpakaian baju-T merah dan berseluar pendek paras bawah lutut.

Hasil siasatan turut mendapati, kedua tertuduh tidak mempunyai hubungan suami isteri atau mahram yang sah ketika ditahan.

Sementara itu di hadapan hakim syarie yang sama, bagi kes kedua, seorang penduduk Blok A, Sawah Sempadan dituduh berkhalwat dengan seorang wanita warganegara Indonesia ketika sedang leka berurut di sebuah premis di Taman Makmur, Tanjong Karang.

Tertuduh, Ikhsan Karno, 57, yang sudah pun berkahwin dan mempunyai dua anak itu diserbu pihak penguatkuasa pada Operasi Anti Zina Ambang Merdeka kira-kira jam 10.10 malam pada 31 Ogos 2013 lalu.

Ketika tangkapan dibuat di bilik ketiga, tertuduh ditemui tidak berbaju dan berseluar pendek manakala Endang Larasati, 35, yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak itu lengkap berbaju-T dan berseluar panjang.

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Jika sabit kesalahan, boleh didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Shukran kemudiannya memerintahkan kedua-dua tertuduh didenda RM3,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, mahkamah menasihatkan kesemua tertuduh supaya bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan sama kerana pada zahirnya, kebanyakan masyarakat Melayu tidak memandang serius isu khalwat ini.

No comments:

Post a Comment