nuffnang

Translate


get this

Sunday 4 March 2012

Suasana romantik - Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani Mohamed


TANGGAL 26 Februari 2012 menyimpul memori indah buat pasangan pengantin baru, Yusry Abdul Halim, 38 dan Lisa Surihani Mohamed, 25 apabila hari bahagia mereka diraikan bersama lebih 1,500 tetamu dalam acara resepsi yang berlangsung meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya.

Kemunculan Lisa yang melangkah masuk ke dalam dewan yang dihias indah dengan tema 'French vintage' atau ala Perancis, jam 9 malam mencuri perhatian ramai. Dia yang tampil anggun dalam busana rona 'Champage' rekaan Cosry, menuju ke pelamin menantikan kehadiran suami tercinta. Tidak lama kemudian, paluan kompang bergema menandakan insan yang dinanti sudah tiba. Dengan diiringi ibu bapa serta keluarga terdekat, Yusry yang segak dalam persalinan serba putih melangkah gagah ke pelamin. Bagai pinang di belah dua, pasangan ini sama cantik sama padan di atas pelamin yang gah rekaannya. Selawat ke atas nabi dialunkan anggota Rabbani diikuti bacaan doa.

Usai upacara merenjis oleh ahli keluarga kedua pihak, pasangan mempelai ini kemudian diarak ke meja santapan utama untuk menikmati juadah istimewa air tangan Pak Engku dari Kuzie Katering yang turut menyediakan sajian lazat juadah buat tetamu. Suasana romantik lebih terasa apabila Raja Sehari dan tetamu dihiburkan dengan persembahan kumpulan Fourteen, Aizat Amdan dan Jaclyn Victor di mana kesemua lagu adalah pilihan Yusry istimewa buat Lisa. Majlis yang menggandingkan penyampai radio popular, Faizal Ismail dan pelakon jelita, Vanidah Imran sebagai hos itu diteruskan dengan acara memotong pulut kuning yang digubah khas Pak Engku.

Keindahan upacara resepsi ini bertambah seri dengan kehadiran ramai artis terkenal tempatan antaranya, Datin Seri Tiara Jacquelina, Aznil Nawawi, Marion Caunter, Nora Danish, Natasha Hudson, Aishah Sinclair, Awal Ashaari, Scha Al Yahya, Diana Danielle, Farid Kamil, Dynas Mokhtar, Liyana Jasmay, Catriona Ross dan Syed Hussin. Turut hadir, Cheryl Samad, Rashidi Ishak, Julia Ziegler, Fizz Fairuz, Tam Suhaimi, Intan Ladyana, Stephen Rahman Hughes, dan Betty Rahmad,Den Wahab dan isteri, Nora Tamam, penerbit David Teo dan isteri, Jane serta Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Fatimah Ismail.
Mengimbas detik awal perhubungan pasangan merpati dua sejoli ini, bermula dengan sering berhubung menerusi pesanan ringkas Blackberry (BBM) pada April 2011 dan semakin intim selepas majlis pratonton filem Hikayat Merong Mahawangsa.

Selepas mendapat lampu hijau daripada keluarga masing-masing, majlis merisik diadakan pada Disember lalu dan kata sepakat dicapai untuk disatukan sebagai suami isteri pada hari jadi Lisa iaitu 23 Februari lalu. Dengan sekali lafaz, Lisa sah bergelar suri hidup Yusry dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya, jam 9 malam. Kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada keluarga dekat kedua belah pihak menyaksikan detik indah yang bertemakan Winter Garden itu. Yusry menyerahkan mas kahwin berupa seutas rantai leher platinum kepada Lisa selain tujuh dulang hantaran berupa cincin, wang hantaran (cek), kelengkapan sembahyang, manisan kristal, kek perkahwinan dan tepak sirih berbalas sembilan antaranya sebentuk cincin, senaskah al-Quran, sejadah, baju kemeja, cakera padat The Beatles, Bingkai gambar Keyboard dan kek bentuk Gramaphone. Semua hantaran daripada pihak perempuan digubah sepenuhnya oleh Cosry dengan kerjasama Eliza Elies Wedding.

No comments:

Post a Comment