TOKYO: Seorang lelaki berusia 80 tahun semalam disoal siasat di Jepun
kerana disyaki mencekik isterinya dan menyimpan mayat mangsa dalam peti
sejuk hingga 10 tahun, lapor media dan polis.
Masaichi Yamada yang mempunyai syarikat memproses ikan ditahan di
pelabuhan Kushiro di utara negara itu awal pagi kelmarin apabila mayat
mangsa yang beku dan masih berpakaian ditemui.
“Suspek
mencekik mangsa dengan objek seperti tali di kediaman mereka dan
membiarkan mayat mangsa dalam peti sejuk di tempat kerjanya,” kata
jurucakap polis Hokkaido kepada media melalui telefon. Tidak diketahui
bila pembunuhan itu berlaku, kata polis sambil menambah mangsa mungkin
berusia 71 tahun jika dia masih hidup hari ini. Yamada dilaporkan
mengaku kepada polis bahawa dia membunuh isterinya ketika bertengkar di
kediaman mereka “antara 2002 dan 2006” dan membawa mayat mangsa dengan
kereta ke kilang. Polis melakukan pemeriksaan di kilang itu selepas
abang wanita itu berkata, dia tidak dapat menghubungi adiknya selama
beberapa tahun. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment