SYDNEY: Seorang lelaki Australia berusia 81 tahun semalam gagal
ketepi dakwaan terhadapnya bahawa dia merogol isterinya pada tahun
1960-an, menyatakan memaksa pasangan supaya melakukan seks bukan satu
jenayah ketika itu.
Lelaki terbabit yang dikenali sebagai PGA meminta mahkamah tinggi
negara itu supaya menggugurkan kes yang diketengahkan isterinya,
mempertikai bahawa sebelum 1976 wanita Australia tidak boleh menolak
hubungan seksual bersama suaminya. Peguamnya berpendapat ketika
dakwaan rogol itu berlaku pada 1963, negara berkenaan adalah “sangat
jahil dan secara sosial masih ketinggalan dari segi standard kemodenan”.
Mereka
berkata, pada masa itu, homoseksual adalah satu jenayah, tiada langsung
perkara mengenai gangguan seksual, Orang Asli bukan warganegara
sepenuhnya dan diskriminasi bangsa dibenarkan, dengan “polisi kulit
putih Australia” dikuat kuasakan. Namun, mahkamah tinggi semalam
menggugurkan kesnya, mengarahkan “jika pengecualian pemerkosaan dalam
perkahwinan adalah sebahagian daripada undang-undang Australia, ia sudah
luput sekurang-kurangnya pada tahun 1935.” - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment