nuffnang

Translate


get this

Thursday 31 May 2012

Pemain bola merompak, culik

SEOUL: Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan Korea Selatan yang terdesak untuk mendapatkan wang selepas diharamkan bermain bola sepak seumur hidup kerana mengatur perlawanan, ditahan kerana merompak dan menculik, kata polis, semalam.

Kim Dong-Hyun, 28, dan bekas pemain besbol profesional, Yoon Chan-Soo, 26, dituduh menculik seorang wanita dan merampas kereta Mercedes milik mangsa di daerah mewah Gangnam di bandar raya ini. Pasangan itu mencuri sebuah van malam Jumaat lalu dan merayau-rayau di kawasan kejiranan berkenaan selama berjam-jam lamanya untuk mencari mangsa, kata pegawai kanan balai polis Gangnam kepada media.

Mereka mengekori seorang wanita ke arah kawasan parkir apartmennya di mana Kim mengancam mangsa dengan pisau dan memaksanya duduk di tempat duduk penumpang dalam kenderaannya. Dia memandu kereta mangsa sebelum diekori oleh Yoon dengan van. Masalah timbul apabila wanita yang berusia 45 tahun terbabit melompat keluar dari kereta Mercedes itu ketika ia bergerak perlahan. Dia kemudian menahan teksi dan meminta pemandunya mengekori Kim dan Yoon sebelum menghubungi polis.

Menurut akhbar Korea JoongAng Daily, pasangan itu memberitahu polis mereka merancang mencuri barang kemas mangsa dan memaksanya mengeluarkan wang daripada akaun banknya. Kim adalah seorang daripada 10 pemain yang diharamkan bermain bola sepak seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Korea kerana peranannya mengatur perlawanan yang mengejutkan negara itu tahun lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment