JAKARTA: Seorang pegawai kanan kerajaan yang ditugaskan menyelamatkan
pekerja Indonesia yang menghadapi hukuman mati di luar negara membuat
kenyataan mengejutkan bahawa sesetengah pekerja berkenaan, khususnya
wanita perlu dipersalahkan atas nasib malang mereka.
Ketua pasukan petugas kerajaan terhadap pekerja migran, Maftuh
Basyuni berkata, sesetengah pekerja migran Indonesia suka menggoda
majikan mereka menyebabkan mereka diganggu secara seksual. “Sesetengah
pekerja ini suka menggoda dan ia memerlukan dua belah pihak untuk
berlaku kejadian seumpamanya. Mungkin mereka dipengaruh oleh nafsu,
tetapi sikap pekerja migran memang mengejutkan,” katanya dalam satu
seminar di Jakarta, semalam.
Media kemudian menghubungi Maftuh
bagi mengesahkan kenyataannya itu dan bekas Menteri Hal Ehwal Agama dan
bekas duta ke Arab Saudi itu menyatakan komennya memang beralasan.
“Kerana kelakuan miang mereka, pasangan majikan mereka menjadi cemburu dan mendera mereka,” katanya.
Presiden
Susilo Bambang Yudhoyono menubuhkan pasukan petugas pada 7 Julai tahun
lalu bagi memberi bantuan kepada pekerja Indonesia di luar negara yang
menghadapi masalah undang-undang. Susilo juga memberi tugas tambahan
terhadap pasukan petugas itu bagi menyediakan bantuan guaman secara
maksimum kepada setiap rakyat negara itu yang berdepan hukuman mati di
luar negara.
Bidang kuasa pasukan petugas itu berakhir pada 7
Januari tahun ini, tetapi Susilo memutuskan untuk melanjutkannya hingga 7
Julai depan. Terdapat 6.5 juta rakyat Indonesia bekerja di luar
negara masa kini, sesetengahnya terbabit dengan masalah undang-undang.
Walaupun hampir mencecah tempoh tamat, pasukan petugas masih buntu
dengan berapa ramai pekerja Indonesia yang berdepan masalah
undang-undang di luar negara. - Jakarta Post
Thursday 31 May 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment