Dokumen mahkamah menunjukkan, Scout dihadapkan ke mahkamah pagi semalam dan menghadapi tuduhan menyamar dan minum arak di tempat awam.
Dia dibebaskan tanpa ikat jamin tetapi akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 31 Julai.
Scout ditangkap oleh polis ketika minum bir di stesen kereta api bawah tanah di Union Square, Manhattan, menurut dokumen mahkamah.
Scout, pelajar Universiti Brown dikatakan mulanya memberikan kad pengenalan negeri New York yang tertera nama Katherine Kelly.
Dia kemudian menunjukkan kad pengenalan negeri California dengan namanya.
Peguamnya, Stacey Richman mempersoalkan tindakan polis tidak menyamannya untuk muncul di mahkamah pada hari lain.
“Setiap orang pernah melalui usia sepertinya dan saya berpendapat ini bukan jenayah abad ini,” kata Richman.
No comments:
Post a Comment