PARIS: Pencuri melarikan rantai emas dan berlian bernilai kira-kira
AS$200,000 (RM600,000) milik anggota utama kumpulan Guns N’ Roses, Axl
Rose ketika penyanyi itu mengadakan konsert di bandar raya ini.
Menurut sumber polis, kecurian di bilik persalinan Rose mencetuskan
kemarahan penyanyi berusia 50 tahun berkenaan dan polis terpaksa
dipanggil untuk mententeramkan keadaan.
Rose mengadakan persembahan tertutup untuk kira-kira 100 orang selepas mengadakan konsert di Stadium Bercy.
Dia adalah satu-satunya anggota asal yang masih membarisi kumpulan rock itu.
Kumpulan
berkenaan ditubuhkan pada 1985 dan antara lagu popular mereka ialah
‘November Rain,’ ‘Patience.’ dan ‘Sweet Child o’ Mine.’ Rose dinobatkan
sebagai seorang daripada penyanyi rock terbaik sepanjang zaman oleh
beberapa media, termasuk majalah Rolling Stone. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment