nuffnang

Translate


get this

Wednesday 1 August 2012

Lelaki taksub belon

COLLINS dakwa ketaksubannya terhadap belon adalah suci.
COLLINS gemar menyembunyikan belon di dalam baju supaya dapat merasakan kasih sayang daripadanya.
COLLINS gemar menyembunyikan belon di dalam baju supaya dapat merasakan kasih sayang daripadanya.

LITTLE ROCK: Rancangan siri Taboo oleh National Geographic memaparkan minat pelik dan taksub yang dikongsi orang ramai tetapi tidak sama seperti ketaksuban Dave Collins terhadap belon.
Guru piano berusia 27 tahun itu yang berasal dari Little Rock, Arkansas, berkata, dia mengumpul kebanyakan belonnya dengan mengutip atau menyelamatnya’ dari kedai jual kereta.
“Sukar memandu dengan belon yang begitu banyak dan anda hanya mahu mengambilnya,” kata Collins.

Hobinya pada waktu lapang bersama belon itu termasuk menyembunyikannya di bawah baju, mencium mereka dan tidur bersama mereka pada waktu malam.


Collins sering dirujuk oleh mereka yang mahir mengenai tabiat ini sebagai ‘looner’ atau orang yang memuja belon.

Dengan ramai yang menganggap tindakannya sebagai berunsur seksual, Collins bagaimanapun menegaskan, dia menjalinkan hubungan ‘suci’ dengan belon itu.

Sudah pasti sukar untuk bayangkan sama ada keseluruhan pengakuannya adalah benar apabila dia bersungguh-sungguh bercakap mengenainya.

“Cara terbaik untuk melindunginya ialah dengan meletakkannya di dalam baju dan anda akan merasakan belon itu bersama-sama anda.

“Ia dirasakan begitu rapat dan anda berasa begitu hangat. Hati anda dapat merasakan keindahan belon itu.

“Saya percaya belon-belon ini adalah anak-anak saya. Mereka adalah sebahagian daripada saya dan mereka menjadi sebahagian daripada apa yang dikatakan keluarga saya,” katanya.

Menurut National Geographic, Collins mempunyai 65,000 belon hasil daripada misi menyelamatnya.

“Kali pertama saya memulakan misi menyelamat belon, saya begitu bimbang untuk bercakap kepada pengurus kerana tidak tahu sama ada mereka akan membenarkannya atau tidak.

“Saya agak beremosi apabila menyelamatkan belon berkenaan,” katanya.

Sebahagian daripada ritualnya ialah tidur di samping belon berkenaan.

Dia berkata: “Saya suka tidur dengan memasukkan mereka ke dalam baju saya.”
Saya mencipta dunia tidur seumpama itu kerana mahu merasakan sayang yang dihasilkan daripada belon itu.”

Ketaksubannya itu menyebabkan dia benci melihat atau mendengar ‘rakan-rakannya’ itu dipecahkan atau dibiarkan terbang.

“Saya merasakan belon mempunyai perasaan. Ia terdedah kepada banyak bahaya.
Saya tidak suka mendengarnya sedih. Saya marah jika ia pecah. Belon perlukan kediaman yang baik,” katanya.”

Ini adalah tanda yang menurut pakar membuktikan dia bukan berpura-pura.

Menurut penulis mengenai ketaksuban mengaitkan ramai pemuja belon dengan pengalaman seksual peringkat awal dengan belon.

Ini bermakna sebahagiannya, mereka yang berpura-pura, sukakan bunyi belon meletup sementara yang lain, yang mempunyai fobia terhadap bunyi atau yang terlalu menyayangi mereka seperti Collins, tidak sanggup melihat belon itu ‘menderita.’ - DM

No comments:

Post a Comment