LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Justin Bieber menghantar ucapan
tahniah kepada perenang Kanada, Missy Franklin kerana memenangi pingat
emas pada acara renang 100 meter di Sukan Olimpik di London, lapor
akhbar USA Today semalam.
Bieber, 18, menghantar ucapan tahniah itu menerusi Twitter pada pagi
semalam beberapa jam selepas Franklin memenangi pingat emas tersebut.
"FranklinMissy merupakan peminat saya. Kini saya merupakan peminat
dia. Tahniah kerana memenangi emas," kata Bieber di akaun Twitternya.
Missy turut membalas ucapan tahniah Bieber itu.
"Saya baru mati! Terima kasih," kata Franklin.
Bieber merupakan warga Kanada yang mencipta nama sebagai penyanyi di Amerika Syarikat.
- Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment