“Langkah awal untuk mereka dan membina kapal selam menggunakan sistem tenaga nuklear sudah dilakukan,” kata Timbalan Ketua Teknikal Tentera Laut Iran, Laksamana Abbas Zamini.
“Semua negara berhak untuk menggunakan teknologi nuklear secara aman, termasuk sistem tenaga bagi kapal selamnya,” kata Abbas.
Menurutnya, tentera laut negara itu memerlukan kapal selam yang menggunakan tenaga nuklear dalam usaha memenuhi operasi jarak jauh.
Beliau bagaimanapun tidak memberi butir lanjut.
Iran sering kali mengumumkan kemajuannya dalam bidang ketenteraan dan saintifik tetapi dalam kebanyakan kes, ia gagal menunjukkan bukti.
Pakar tentera Barat sering menyuarakan rasa sangsi terhadap dakwaan itu. Hanya segelintir negara - Amerika Syarikat, Russia, Perancis, Britain dan China - mempunyai teknologi untuk menghasilkan kapal selam berkuasa nuklear mereka sendiri.
India mempunyai sebuah model yang dalam pembinaan.
Iran meneruskan program nuklearnya meskipun ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendesak ia menghentikan aktiviti pengayaan uranium.
Program nuklear itu mencetuskan ketegangan antara Teheran dengan kuasa Barat sejak 10 tahun lalu.
Amerika Syarikat, Barat dan Israel mendakwa Iran mempunyai rancangan menghasilkan senjata atom di sebalik program nuklear itu. Iran bagaimanapun menyangkal tuduhan itu, sebaliknya berkata, program berkenaan bertujuan untuk keamanan. - AFP
No comments:
Post a Comment