Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya pasangan romantis Saif Ali
Khan dan Kareena Kapoor, memilih 16 Oktober ini untuk melangsungkan
perkahwinan.
Berita gembira itu diumumkan oleh saudara Saif, Soha Ali Khan menerusi laman sosial Twitter miliknya.
Selain mengumumkan tarikh perkahwinan, Soha turut berkongsi lokasi
pernikahan mereka yang akan berlangsung di Pataudi, tempat asal keluarga
Ali Khan.
"Terima kasih atas doa untuk bhai (panggilan untuk Saif) dan Kareena.
Dengan bahagia saya mengumumkan bahawa pernikahan mereka akan
berlangsung pada 16 Oktober di Pataudi,” jelasnya.
Sebelum ini, pasangan yang sama-sama membintangi Agent Vinod ini pernah
memilih Februari dan Mac lalu untuk melangsungkan perkahwinan.
Namun kerana terlalu sibuk, mereka terpaksa menangguhkan tarikh
perkahwinan. Pasangan serasi ini sudah lima tahun menjalinkan hubungan.
Saif sebelum ini pernah berkahwin dengan Amrita Singh, namun bercerai
pada 2004 setelah 13 tahun mendirikan rumah tangga. Manakala Kareena
pernah bercinta dengan aktor kacak Shahid Kapoor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment