DUBAI: Seorang juruterbang dipenjara tiga bulan kerana cuba memeluk
dan mencium seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di dalam lif.
Mahkamah mendapati juruterbang itu, JL, 29, dari Seychelles,
Perancis, bersalah atas tuduhan mencabul pelajar warga Amerika dengan
menyentuh muka mangsa dan cuba menciumnya ketika mereka berada dalam lif
berdua. “Tertuduh akan diusir selepas menamatkan hukuman penjaranya,”
kata hakim.
Mahkamah sebelum itu diberitahu, kejadian berlaku ketika dia menaiki lif itu untuk ke kediaman gurunya.
“Dia mengekori saya. Saya tekan tingkat 31. Dia tekan tingkat 21.
Apabila lif berhenti di tingkat 21, dia tidak keluar. Sebaik pintu
tertutup, dia mendekati saya dan menyentuh muka saya. Saya menolaknya.
Tetapi dia mengulangi perbuatan itu,” kata pelajar terbabit. - GN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment