SINGAPURA - Bekas ketua pertahanan awam Singapura didakwa menerima
rasuah dalam bentuk seks, antara yang paling serius melibatkan seorang
pegawai kanan kerajaan dalam tempoh dua dekad lalu.
Bekas Ketua Angkatan Tentera Awam Singapura (SCDF) , Peter Lim dituduh
menerima rasuah seksual daripada dua vendor wanita dan seorang lagi
vendor SCDF sebanyak 10 kali antara Mei 2010 dan November lalu.
Ini merupakan kes rasuah paling serius melibatkan pegawai kanan di
Singapura yang sebelum ini mempunyai reputasi dan tadbir urus yang baik.
Pada Februari lalu, pihak berkuasa Singapura menggantikan Lim,
besama-sama Pengarah Pusat Biro Narkotik, Ng Boon Gay berkata, dua
orang lelaki ini disiasat di bawah Biro Siasatan Rasuah.
Menurut laman web akbar Straits Times, Lim, 51, tidak meyebut sama ada beliau mengemukakan rayuan atau tidak.
Beliau menerima rasuah berbentuk seks sebagai balasan untuk maklumat kontrak yang berkaitan dengan teknologi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment