Rakaman kamera litar tertutup sebuah lapangan terbang di Berlin yang menunjukkan
keadaan Magnotta.
BERLIN - Seorang pelakon filem lucah yang disyaki melakukan pembunuhan
kejam menggunakan alat pemecah ais sebelum memuat naik video rakaman
pembunuhan itu di Internet, dan menghantar bahagian mayat yang
dipotong-potong ke beberapa buah pejabat kerajaan sekitar Kanada
akhirnya ditahan di Jerman, kelmarin.
Menurut jurucakap polis, Luka Rocco Magnotta ditangkap di sebuah kafe
Internet di Berlin selepas seorang saksi mengecamnya dan terus
menghubungi polis.
Magnotta, 29, amat dikehendaki oleh pihak berkuasa Kanada di atas
pertuduhan kelas pertama serta beberapa pertuduhan lain termasuk
membunuh seorang pelajar universiti, Jun Li, 33 dengan begitu kejam.
Jurucakap Jabatan Keadilan Kanada, Julie Di Mambro memberitahu, negara
itu kini sedang mengemukakan satu permintaan rasmi untuk mengiringi
ekstradisi perangkaan dokumentasi bahan bukti yang menyokong kes
berkenaan.
Suspek kini masih disoal siasat dan akan dihadapkan di depan hakim
secara bertutup kemudian membacakan waran penangkapan antarabangsanya.
Video tersebut yang dimuat naik dalam Internet tersebar dengan
menunjukkan imej seorang lelaki sedang menikam seorang individu dengan
pemecah ais, kemudian memotong mayat serta melakukan aksi seksual dengan
mangsa dalam keadaan bogel serta diikat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment