Atmosfera industri hiburan minggu ini diasak dengan berita-berita
peperangan antara dua dewi - Neelofa dan Anzalna yang lahir menerusi
program Dewi Remaja 2010/2011.
Perbalahan itu dikatakan berpunca dari kenyataan Anzalna menerusi
artikel bertajuk 'Anzalna bidas Neelofa' - mendakwa Neelofa sememangnya
seorang yang busuk hati, selepas juara Dewi Remaja itu dikatakan
mempertikai kemenangan Tasha Shila sebagai Artis Baru Popular di
Anugerah Bintang Popular baru-baru ini.
Ekoran daripada kenyataan Anzalna yang disiarkan menerusi sebuah akhbar
tabloid Ahad lalu, Neelofa telah mengadakan satu sidang media tiga hari
kemudian, menuntut Anzalna mengemukakan bukti dan penjelasan terhadap
kenyataannya yang berbaur fitnah.
Tidak berdiam diri, Anzalna juga telah melantik peguam, Fakhrul Azman untuk mengendalikan kes ini.
"Saya serahkan segalanya kepada peguam saya untuk uruskan perkara ini
dan saya akan buktikan, saya bukan pemfitnah," katanya kepada Zass.
Anzalna berkata, dia tidak berdendam dengan teraju utama Azura itu dan
bersedia untuk bersemuka dan berbincang mengenai perkara ini.
Malah, andai ditakdirkan mereka digandingkan untuk mana-mana filem,
drama atau sesi fotografi selepas ini, Anzalna berkata, dia tidak
mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama.
"Dunia hiburan ini tidaklah sebesar mana dan saya tidak ada masalah
untuk bekerjasama dengan dia. Malah, sebelum ini pun, kami pernah bersua
dalam majlis yang sama.
"Apa pun saya juga berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin," tuturnya.
Cari publisiti muraha n?
BAGAIMANAPUN, Anzalna enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan yang
baru dikeluarkan wartawan hiburan yang menulis artikel terbabit, bahawa
artikel itu diterbitkan dengan persetujuan bersama dan bukan secara
paksaan.
Anzalna berkata, apa yang menjadi fokusnya sekarang ini adalah untuk menyelesaikan masalah di antara dia dan Neelofa.
Di tebak mengenai kredibilitinya yang mungkin terjejas selepas
kontroversi ini, Anzalna berkata, dia sudah mempunyai beberapa produk
(drama) sebelum ini dan tidak timbul isu mencari publisiti murahan
kerana perkara itu.
"Kalau saya tidak ada produk langsung, mungkinlah mereka (pengkritik)
boleh berkata sebegitu. Saya tidak rasa kredibiliti saya terjejas kerana
saya masih menerima tawaran berlakon.
"Malah, saya cukup bertuah kerana mendapat sokongan padu dari keluarga, teman, kekasih dan peminat," katanya.
Neelofa dalam satu sidang media pada Rabu telah memberikan tempoh
seminggu kepada Anzalna untuk memberikan penjelasan dan segala bukti
berhubung kenyataan yang didakwa sebagai fi tnah yang dilemparkan
terhadapnya menerusi laporan sebuah akhbar pada Ahad lalu.
Teraju utama Azura itu juga telah melantik dua orang peguam untuk mengendalikan kes tersebut.
Difahamkan, Neelofa dan Anzalna sememangnya mempunyai 'sejarah'
semenjak program pencarian Dewi Remaja diadakan pada 2010. Mereka
dikatakan tidak 'sebulu' dan pernah bertegang urat ketika program itu
dijalankan.
Namun, kisah mereka senyap begitu sahaja apabila Neelofa memenangi
pertandingan dan membawa haluan masing-masing dalam industri seni.
Pesan Izara, Ramona
SEMENTARA itu, dua lagi bekas Dewi Remaja musim sama, Izara Aishah dan
Ramona Zamzam sependapat meminta Neelofa dan Anzalna menghentikan
pertelingkahan dan melupakan persengketaan yang pernah berlaku.
Menurut Izara, mereka sepatutnya lebih berfikiran matang dan berfikir panjang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Saya tidak berniat mencampuri urusan mereka berdua, tetapi saya tidak tahu apa punca sebenar mereka bergaduh.
Namun, apa yang saya tahu hubungan mereka memang tidak baik semenjak di
dalam pertandingan lagi. Tapi sebagai kawan, saya berharap mereka
berfikir panjang sebelum berkata sesuatu dan fikir tentang masa depan,"
ujarnya ketika ditemui selepas pelancaran drama Naziha dan Bukan
Bidadari, Selasa lalu.
Izara berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan kedua-dua sahabatnya itu dan masih berhubung sehingga kini.
"Hubungan kami masih baik semenjak dalam pertandingan lagi. Cuma kami
masing-masing agak sibuk dan tiada masa untuk berjumpa dan lepak
bersama," katanya.
Dalam pada itu, Ramona berkata, sebagai rakan yang mengenali mereka
berdua semenjak di dalam pertandingan lagi, dia berasa sedih kerana
pertelingkahan di dalam program itu masih berlarutan sehingga kini.
"Anzalna kawan saya, Neelofa pun kawan saya. Bila jadi macam ini, siapa
yang tak sedih. Masing-masing dah ada nama dan sedang meningkat naik.
Jadi, tak perlulah bergaduh lagi, saya sayang
mereka dua, saya tidak mahu nama mereka busuk," katanya yang juga masih berhubung baik dengan keduanya sehingga kini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment