nuffnang

Translate


get this

Friday 15 June 2012

Minum Peluntur Kecewa ditinggal isteri

GEORGETOWN: Kecewa dan sedih ditinggalkan isteri, seorang lelaki bertindak nekad meminum setengah botol peluntur baju dipercayai mahu membunuh diri di rumahnya di Jalan Fettes, Tanjung Tokong, malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam ketika lelaki berusia 27 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri manakala mulutnya berbuih di atas katil di rumahnya oleh seorang rakan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, lelaki itu berkahwin dengan seorang wanita warga China sejak lebih setahun lalu dan tinggal bersama ibunya.

Beliau berkata, ketika kejadian, lelaki berkenaan berada seorang diri di rumah dan rakannya mengesyaki sesuatu apabila panggilannya tidak bersahut.

No comments:

Post a Comment