BULATAN merah menunjukkan William dan Kate beratur di panggung wayang Odeon Kensington.
  
    
LONDON: Putera William dan isterinya, Kate Middleton mengejutkan 
pengunjung panggung wayang Khamis lalu apabila pasangan itu beratur 
untuk membeli tiket bagi menonton filem The Avengers.
William dan Kate masuk ke barisan orang ramai yang beratur untuk 
membeli tiket dengan hampir tidak disedari mereka.   William yang 
kelihatan santai dengan kemeja, jaket biru, bercermin mata dan topi 
besbal ditemani isterinya yang memakai jeans biru dan jaket denim.   
Seorang pengunjung yang berada di panggung wayang Odeon Kensington 
ketika itu  tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya dan menulis di 
Twitter: “Tonton filem The Avengers dengan Kate dan William duduk 
bersebelahan dengan saya! Pasangan itu menikmati  waktu senggang mereka 
selepas menghadiri majlis rasmi empat hari sempena sambutan Jubli Intan 
Ratu Elizabeth, termasuk mengambil bahagian dalam Flotila Diraja dan 
menghadiri konsert yang diadakan di halaman Istana Buckingham.  Selepas 
menonton wayang bersama isterinya, William dan Putera Harry dilaporkan 
melawat datuk mereka,  Duke of Edinburgh di hospital. Pihak istana 
mengesahkan Putera Philip tidak dapat meraikan hari jadinya yang ke-91 
bersama keluarga di istana hari ini kerana masih dirawat. - DM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment