nuffnang

Translate


get this

Sunday 10 June 2012

Wanita mati akibat memakan cendawan beracun

 Gambar Hiasan



SYDNEY: Seorang wanita yang dilaporkan mengunjungi Australia dari China maut selepas memakan cendawan beracun dan menjadi korban ketiga insiden sama di negara itu, tahun ini.

Wanita berkenaan yang berusia 50-an mati di Hospital Austin di Melbourne, dua hari selepas dirawat akibat keracunan makanan. Mangsa menyangka tumbuhan itu sama seperti cendawan butang yang popular di Asia.

Doktor di hospital itu berkata, mangsa jatuh sakit selepas memakan makanan yang mengandungi cendawan itu. Dia adalah mangsa ketiga yang mati di negara itu akibat memakan tumbuhan bertoksik berkenaan selepas seorang tukang masak Cina dan pembantunya mati Januari lalu selepas memakan cendawan sama. - AF

No comments:

Post a Comment