LOS ANGELES: Aktres bermasalah Lindsay Lohan dirawat di hospital
kelmarin selepas kereta dipandunya merempuh sebuah treler. Lindsay
mengalami cedera ringan, manakala kereta Porsche miliknya remuk teruk di
bahagian depan dalam nahas di Lebuh Raya Pacific Coast di barat Los
Angeles itu.
Lindsay, 25, menjalani rawatan selama dua jam kerana mengalami luka
kecil dan lebam. Seorang pembantu aktres berkenaan turut berada dalam
kereta itu ketika nahas berlaku.
“Sebuah Porsche hitam
merempuh treler 18 roda di Lebuh Raya Pacific Coast,” kata jurucakap
Jabatan Polis Santa Monica, Richard Lewis.
Bagaimanapun, polis berkata, tiada bukti menunjukkan Lindsay
dipengaruhi alkohol atau minuman keras ketika kemalangan berlaku, tidak
seperti insiden pada 2007 ketika dia didapati positif memandu di bawah
pengaruh alkohol dan kokain. Jurucakap Lindsay berkata, aktres itu
dalam perjalanan ke set penggambaran ketika nahas berlaku dan dia
dikejarkan ke hospital, tetapi kemudian dibenarkan pulang selepas
menerima rawatan selama dua jam. “Semuanya baik-baik saja. Selepas
rawatan di hospital, Lindsay terus menuju ke lokasi penggambaran “Liz
and Dick” kata jurucakapnya, Sophie Goodale kepada media. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment