nuffnang

Translate


get this

Tuesday 18 February 2014

Bayi Lebih 7kg Lahir

BEIJING - Seorang ibu di China melahirkan bayi lelaki gergasi seberat 7.2 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar kelmarin.

Bayi berkenaan dilahirkan melalui kaedah pembedahan di Hospital Rakyat Shanwei di Bandar Raya Shanwei, dalam wilayah Guangdong Jumaat lalu.

Dia yang diberi nama timangan Xiao Pang (Bayi Gemuk) dipercayai merupakan bayi terbesar yang pernah dilahirkan di China.

Namun, Xiao Pang bukan bayi yang paling berat di dunia.
Seorang ibu di Kanada, Anna Bates pernah melahirkan bayi seberat lebih 10.4kg pada tahun 1879 tetapi bayi itu mati beberapa jam kemudian.

Pada tahun 2005 seorang wanita Brazil melahirkan bayi perempuan seberat 7.7kg. - Agensi.

No comments:

Post a Comment