DENMARK - Denmark akan mengharamkan penyembelihan haiwan ikut cara Islam dan tradisional Yahudi.
Kerajaan Denmark menerusi Kementerian Pertanian dan Makanannya akan
mengharamkan kaedah penyembelihan haiwan mengikut cara tradisional
Yahudi dan Islam berikutan langkah-langkah yang sama telah pun
dilaksanakan di Poland, Iceland, Norway, Sweden dan Switzerland.
Oleh itu satu undang-undang baru akan dilaksanakan, iaitu semua haiwan
yang akan disembelih akan dipengsankan terlebih dahulu, dan cara ini
bertentangan dengan ajaran Islam dan Yahudi.
Ini bermakna umat Islam dan orang-orang Yahudi yang tinggal di Denmark
tidak lagi akan dapat membeli daging mereka daripada penjual daging
tempatan, dan mereka perlu membeli daging halal yang diimport.
Kementerian itu berpendapat bahawa kaedah penyembelihan cara Islam dan
Yahudi adalah tidak beretika dan hak keagamaan tidak mengatasi hak asasi
haiwan.
Walau bagaimanapun , umat Islam dan Yahudi menegaskan bahawa kaedah
penyembelihan mereka menyebabkan penderitaan yang minimum kepada haiwan.
Pesuruhjaya Eropah untuk Kesihatan, Tonio Borg, mengutuk larangan itu
dengan berkata ia " bercanggah dengan undang-undang Eropah."
Menteri Pertanian dan Makanan Karen Hækkerup pula menyedari bahawa
orang Islam dan orang-orang Yahudi kecewa dengan peraturan baru ini ,
tetapi menegaskan bahawa kementerian tidak akan mengubah dasarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment