XI'AN, Shaanxi - Seorang lelaki di China, Xiao Yang, 27, menjalani
pembedahan bagi membuang tumor seberat 10 kilogram yang tumbuh di
belakang tengkuknya sejak 15 tahun lalu, lapor akhbar Metro.co kelmarin.
Xiao mula sedar ada bonjolan kecil bersaiz sebiji telur di tengkuknya 10 tahun lalu yang kemudian semakin membesar.
Pada tahun 2007, dia telah pergi ke sebuah hospital di sini untuk
mendapatkan rawatan. Yiang kemudian diberitahu bahawa sdia telah
menghidap ketumbuhan yang dinamakan fibromatosis.
Doktor yang merawatnya ketika itu memberitahu, pem bedahan untuk
membuang ketumbuhan itu sangat sukar dan risikonya amat tinggi dengan
menyebabkan bapanya, Jigao membuat keputusan untuk membiarkan sahaja
ketumbuhan tersebut.
Namun pada penghujung tahun 2013, Xiao membuat keputusan untuk
menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan itu selepas ia membesar
sehingga 45 sentimeter dengan berat 10 kilogram.
Kos pembiayaan pembedahan itu telah dikumpul melalui kutipan derma orang awam dan pinjaman yang dibuat oleh bapanya.
Doktor yang melakukan pembedahan ke atas Xiao memberitahu, lelaki itu mempunyai peluang cerah untuk pulih. - Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment