nuffnang

Translate


get this

Monday 5 March 2012

‘Trendy’ warnakan kuku

MEMBACA personaliti seseorang sama ada jenis pembersih ataupun tidak, boleh dibongkar melalui kuku. Jika bersih dan rapi penjagaannya, semestinya individu itu seseorang yang mementingkan kebersihan.
Justeru, apakah mereka yang gemar mewarna kuku tersenarai dalam kelompok kurang bersih? Jawapannya dari sudut fesyen, ia sesuatu yang ‘trendy’.

Malah hasil kajian mengatakan, wanita yang gemar mengenakan pewarna kuku adalah mereka yang prihatin terhadap kecantikan kuku. Kalau sudah ratusan ringgit sanggup dilaburkan untuk penjagaan kuku, bayangkanlah pula bagaimana ketelitian penampilan dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Yang pasti, sama ada kuku mempunyai warna ataupun tidak, ia satu usaha untuk melengkapkan daya penarik dan penampilan seseorang.


Seni mewarna kuku ditampilkan dengan pelbagai rekaan berasaskan corak fantasi kartun, buah-buahan sehinggalah penggunaan aksesori penuh dramatik. Namun, warna klasik seperti merah cili atau merah jambu tetap evergreen serta nampak feminin.

Di Malaysia misalnya, kebanyakan artis wanita lebih gemar mewarna kuku dengan gaya klasik. Rona dipilih biasanya senada untuk disesuaikan dengan busana.

Berbeza dengan artis Hollywood khususnya bintang muda seperti, Katy Perry, Lady Gaga dan Nicki Minaj, mereka lebih gemarkan sesuatu yang fantasi atau eksperimental. Di Malaysia antara artis yang berani bermain dengan pelbagai rona adalah Alyah dan Elyana.

Apa yang menarik, pemilihan warna kuku ada hubung kait dengan personaliti seseorang. Merah melambangkan keberanian manakala jingga menyerlahkan individu itu sebagai seorang yang ceria dan berkeyakinan.

Bagi yang gemarkan warna gelap pula, mereka adalah kelompok individu yang memiliki personaliti pelik selain gemar memberontak, sementara biru untuk individu mementingkan peraturan dan prosedur yang tetap.

Tidak dilupakan, merah jambu yang menawan tanda sifat energetik seseorang, lavender mewakili sifat tertib dan tenang, coklat muda mahupun terang mewakili sifat fleksibel, mudah didekati dan berfikiran terbuka.

Bagi yang sukakan gaya fantasi, jelas dan nyata mereka adalah kelompok yang ‘fun’, berani dan gemar menjalani hidup dengan penuh keseronokan.

No comments:

Post a Comment