nuffnang

Translate


get this

Monday 5 March 2012

Jes prihatin

APABILA menyebut mengenai lagu berat yang sarat dengan mesej mendalam seperti keamanan, kemanusiaan, peperangan, alam sekitar serta masalah sosial, pastinya kita akan teringat mendiang Michael Jackson atau MJ.
Hakikatnya, lagu yang pernah dihasilkan untuknya cukup meninggalkan impak besar dan menjadi pembakar semangat kepada segelintir manusia. Antara artis Malaysia yang cukup sinonim dengan genre ini adalah Zainalabdin.

Tempias itu juga kini terkena kepada pendatang baru, Jes Ebrahim yang kini dalam proses mencatur langkahnya menembusi bidang seni suara.

Berbekalkan satu misi iaitu mengetengahkan lagu yang sarat dengan mesej berat, Jes tidak pernah terfikir akan bertapak ke dunia ‘mainstream’.


Pertama kali bersua dengannya, agak sukar juga mencari sisi seorang artis padanya dengan penampilan berkaca mata, baju-T labuh dan seluar pendek jenis khakis. Jika diteliti, perwatakannya lebih kepada seorang remaja biasa yang pemalu, tidak banyak bercakap dan kelihatan seperti banyak berfikir.

Menyelami kisah di sebalik bagaimana pembabitannya dalam bidang muzik bermula, tidak sangka pemuda berusia 19 tahun ini sebenarnya sudah mula menyanyi sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Ketika belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Jes menyertai kelab muzik sebelum terbabit dalam persembahan program alam sekitar.

“Seawal darjah satu, saya sudah mula bergiat dalam program alam sekitar yang menjadi acara wajib pada setiap tahun. Sebagai ahli kelab muzik, kami akan diminta untuk membuat persem�bahan sempena acara berkenaan.

“Dari situlah saya mula meminati hal yang berkisar isu kemanusiaan, masalah sosial dan alam sekitar, sekali gus menanam�kan satu pera�saan ingin mengambil berat mengenai isu sebegini.

“Pada 2006, ketika menghadiri satu persidangan alam sekitar di Putrajaya, saya berpeluang membuat persembahan di depan wakil dari luar negara. Selesai saja persembahan itu, seorang wakil Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unep) datang berjumpa saya dan bertanya sekiranya saya berminat membuat persembahan untuk acara berkenaan di Nairobi, Kenya.

“Apa lagi yang boleh saya gambarkan pada ketika itu, memang gembira sangat dan lantas bersetuju. Kalau bukan kerana program berkenaan, tidak mungkin saya berpeluang menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat, Mongolia, Korea Selatan, Jepun, Australia dan Uganda pada usia sebegini,” katanya.

Walaupun namanya mungkin masih asing lagi, Jes sebenarnya sudah disunting syarikat rakaman Universal Music Malaysia untuk menjadi artis naungan mereka sejak dua tahun lalu.

Single pertamanya sudahpun siap dirakam dan hanya menunggu saat untuk diputarkan di radio. Lagunya itu berjudul Keamanan.

Tawaran itu sebenarnya datang tanpa diduga.

Ketika itu, Jes baru saja balik dari sekolah apabila seorang rakan ayahnya bertanyakan sekiranya dia berminat untuk menjadi artis naungan Universal Music.

Jes nyata tidak tergesa-gesa untuk menyatakan keputusannya dan mengambil masa lima bulan sama ada ingin menerima tawaran itu.

Akhirnya, selepas mendapat restu keluarga, dia memberanikan diri untuk menandatangani kontrak dengan label itu.

Setakat ini, Jes sudah membuat persembahan di beberapa acara yang menjurus kepada program kemanusiaan secara bermain gitar akustik.

Mengimbas kembali bagaimana dirinya mula serius untuk bermain muzik, Jes berkata, minatnya timbul selepas melihat abang saudaranya mengadakan sesi ‘jamming’ di rumahnya.

Menyedari keinginannya itu, dia mula berguru dengan abang saudaranya bagaimana untuk memetik gitar sehinggalah dia mampu untuk bermain sendiri.

“Sejak itu, saya mula mencipta lagu yang kebanyakannya mengandungi mesej mengenai isu dunia.

“Lagu pertama yang saya cipta berjudul Tears of Tree yang menceritakan bagaimana kerakusan manusia merosakkan alam sekitar tanpa menghiraukan kesannya kelak.

“Sebenarnya, saya sudah mempunyai demo yang dihasilkan sendiri dan mengandungi enam lagu.

“Pembabitan dalam program alam sekitar banyak membantu penghasilan lagu berkenaan kerana dari situlah datangnya inspirasi saya.

“Namun sebelum menulis sesebuah lagu, saya kena juga fikirkan melodi yang sedap dan untuk itu, saya menjadikan Bob Marley sebagai rujukan,” jelasnya.

Bakal menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan bunyi di sebuah kolej swasta, pemilik nama penuh Jes Ebrahim Izaidin Jes Izman ini berharap usahanya memperjuangkan lagu sebegini bakal membuka dimensi baru dalam industri hiburan.

Pernah membuat persembahan solo di New York tidak lama dulu, Jes juga mengimpikan untuk pergi lebih jauh ke peringkat antarabangsa seperti yang dicapai dua artis kelahiran Malaysia, Yuna dan Zee Avi.

No comments:

Post a Comment